15 April 2009
Pok de dimasukkan ke wad hospital temerloh kerana di syaki limpanya bengkak.
18 April 2009 (Sabtu)
Kami sekeluarga melawatnya di hospital. Perut pok de buncit dan bila saya pegang kerasnya macam batu. Doktor dah xray tapi masih tak dapat kesan penyakit sebenar. Pok de kurus sangat sangat. Mukanya cengkung. Yang tinggal hanya tulang dan kulit aje. Makan tak lalu.tapi Pok de masih rancak berbual,bermain-main dengan Salsabeela. Sayu hati saya melihat keadaannya...
23 April 2009 (Khamis)
Perut pok de perlu di scan lagi. Masuk ni entah kali yang ke berapa perut dia kene scan dan xray but still doktor tak dapat kesan penyakit apa yang sedang di deritainya. Lepas buat ultrasound keadaan Pok De makin teruk. Sangat tak bermaya dan mukanya pucat. Doktor akan bagitau keputusan scan tadi pada isnin depan. Kata doktor, perut Pok De perlu di scan lagi sekali minggu depan.
26 April 2009 (Isnin)
7.45 pagi saya terima sms dari Angah. Pok de dah tenat. Nafasnye tersekat-sekat. Saya di sekolah waktu tu. Tak sedap hati. Semua kerja tak menjadi.
1.00 petang saya dapat panggilan dari ma. ”ambulans baru hantar Pok de kat umah kite ni. Doktor cakap harapan dah tipis. Tok nak bawak balik Pok De”. Allah saje yang tau perasaan saya tika itu.
2.45 petang saya dapat panggilan dari ma. Pok De dah tak de. Innalillahiwainnailaihirojiun.....
Saya telefon suami yang bertugas ke luar daerah minggu ni. Dia ke kenyir. Masuk voicemail! Suami saya tak dapat dihubungi.Macammana saya nak balik! Flight suami saya dari Terengganu pukul 9.20 malam ni dan akan sampai ke KLIA 10.30 malam. Tak mungkin saya nak memandu dengan Salsabeela selama 3 jam. Si kecik tu pasti meraung-raung kalau lama di dalam car seat nye tu.
5.00 petang jenazah selamat dikebumukan.Alhamdulillah. saya mendoakan dari jauh semoga roh Pok De dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin.
28 April 2009
Kami sekeluarga bertolak dari putrajaya ke Jengka pukul 630 pagi dan tiba pada 8.45 pagi. Saya dan suami terus menuju ke tanah perkuburan. Sebak. Tak dapat saya tahan air mata ini.
Pok de ialah adik mak saya yang nombor tiga. Berumur 44 tahun dan bujang. Kami adik beradik lah tempat dia mencurahkan kasih sayang dan melayan kami seperti anaknye sendiri. Pok De tak pernah berkira dengan anak-anak sedara. Apa yang mampu dia beri dan tolong, dia akan buat. Yang paling tak dapat dilupakan ialah ketika saya mula-mula posting di jengka, saya menumpang di rumah nenek. Sedang mengandung dan berjauhan dengan suami. Pok De lah yang rajin ke hulu hilir belikan apa yang saya teringin nak makan. Terima kasih Pok De atas segala-galanya. Pok De sentiasa di hati kami. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin