Daisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, October 19, 2011

Tentang Kita

20.10.2007-20.10.2011
sepanjang tempoh ini kita berkongsi segala suka dan duka, jatuh dan bangun...terima kasih suamiku atas segalanya...

kami berkawan rapat sejak di UIAM.dari berkawan,kemudian bertunang dan akhirnya disatukan sebagai suami isteri. dia yang saya kenal sejak zaman berkawan sampai la dah beranak dua ni,yang pasti tak berubah...seorang yang sangat bersederhana dalam semua hal.baik dari segi pakaian dia,kereta dia atau perbelanjaan kami sekeluarga...sangat kontra dengan saye yang sgt2 boros ni,hehe..

kemudian hadir permata hati kami


SALSABEELA..3 tahun yang lalu

kemudian ALLAH anugerahkan pula kami


'AINUL KAUTHAR...5 bulan yang lalu

Alhamdulillah,syukur atas segala nikmat yang ALLAH kurniakan.Ya ALLAH,rahmatilah dan berkatilah kami sekeluarga.jadikanlah kami hambamu yang soleh dan solehah.tunjukkanlah kami jalan yang benar.Amin

sayang Kamu!

Wednesday, August 03, 2011

Kauthar's EBM stock

Salam...
setelah 90 hari maternity leave,akhirnya saya akan kembali bekerja pada 8/8/2011 which is next monday.OMG!!!harus mencari encik semangat sekarang!!!dan kali ini saya tak perlu risau lagi dengan stok EBM untuk Kauthar.sekarang ada dalam 45 botol stok EBM.Alhamdulillah.boleh lah tinggalkan Kauthar kat rumah baby sitter dengan senang hati sbb insyaallah susu yang diberi tu akan cukup.INSYAALLAH.Kakak&adik be good ok.ibu&ayah g kerja.pagi2 ayah antar kakak&adik,petang nanti ibu dtg ambik ok.sedihnye nak tinggalkan anak-anak..sob sob..

stok EBM untuk Kauthar

berseleraknye daku susun ;)


PERMATA HATIKU..mari angkat tangan kanan sama-sama;)

Friday, July 29, 2011

Tahniah Ateh

Akhirnya setelah 4 thn berhempas pulas di UPSI...


Tahniah Ateh!..sorang lagi anak ayah&ma jadi cikgu :)

Sunday, July 24, 2011

SalsabeelA







My SweeT LittlE PiE
almost 3 years old
ibu saaaaayaaangg kakak
mmuuuuuaaahhh

Wednesday, July 20, 2011

kauthar's 1st visit to KKPJ

date:20 July 2011(Wednesday)
time:11.30am
venue:klinik Kesihatan Putrajaya
weight:5.77kg
height:60cm
age:62 days



adik+ibu+kakak.ayah tukang ambik gambo :)

tak de kene mengena dengan tajuk entry.rindu lak tengok gambo ni,hehe.gmbr masa pregnant kauthar.mase ni dah 3 hari overdue.bawak2 berjalan&exercise nk bagi kauthar keluar menjengah dunia.sweet:)

Wednesday, July 06, 2011

HOMESWEETHOME

AKHIRNYA SETELAH 44 HARI BERADA DI JENGKA,KAMI 3 BERANAK KEMBALI KE PUTRAJAYA.MASA UNTUK MENGUJI KECEKAPAN IBU MENGURUSKAN 2 ANAK.SELAMA DI JENGKA,MA DAN ADIK-ADIK BANYAK MEMBANTU.SEKARANG KENA LA PANDAI-PANDAI URUSKAN SENDIRI ANAK-ANAK.GOOD LUCK UNTUK DIRIKU :)

Tuesday, June 28, 2011

majlis aqiqah 'Ainul Kauthar

tarikh:18 jun 2011
hari:sabtu
masa 12 noon
tempat:felda jengka 23



Thursday, June 16, 2011

Hari ke-29

hari ni dah 29 hari.esok genaplah 30 hari.Kauthar...anak ibu dah genap sebulan usianya.cepat betul mase berlalu.....

masih terasa baru sangat-sangat lagi perasaan ibu yang takut&seram sejuk nak gi serah diri kat hospital untuk di induce coz dah post date 8 hari. mase tu ayah cuba tenangkan ibu dan cakap itu adalah proses biasa yang akan dialami oleh seorang ibu...bawak bertenang dan doa&ingant ALLAH bnyak-banyak semoga segalanya dipermudahkan..

masih teringat lagi tika meninggalkan kakak aca bersama tok ma di rumah kita bila ibu dan ayah nak ke hospital. ibu pesan pada kakak jangan nakal-nakal,dengar cakap tok ma.nanti kakak boleh datang hospital tengok adik bila ibu dah selamat melahirkan.terima kasih buat ibu tercinta sanggup berkorban datang dari jengka ke putrajaya dan stay selama 2 minggu meninggalkan ayah dan adik-adik di jengka semata-mata nak membantu memudahkan urusan kita sekeluarga.tok ma tak pernah pun merungut walhal tok ma dan tok ayah tak pernah berjauhan.2 minggu pulak tu.jasa kalian tak dapat kami balas.kalau tok ma takde masa tu,ibu dan ayah pun tak tau nak letak kakak kat mana time nak ke hospital tu..tq sooooooo much.

masih teringat lagi saat-saat melangkah masuk ke bilik wad 12A hospital putrajaya.ibu tak senang duduk memikirkan apa yang akan terjadi next...terasa-rasa sakit kena induce sbb ibu dah ada experience di induce masa saat nak melahirkan kakak.tapi alhamdulillah,induce kali ni tak lah seteruk masa 1st experience dulu.

alhamdulillah,kelahiran kali ini terasa sangat mudah.syukur kepadaNYA atas segala nikmat ini.selepas di induce pada pukul 1.30pm,terus terasa contraction dan contraction tu plak semakin kuat.pkl 5.00pm dr. datang review dah 4cm dan air ketuban pun dipecahkan. masuk dalam bilik,siap-siapkan diri dan barang-barang baby,pkl 5.30pm ibu di hantar ke labour room.sampai kat labour room,tukar baju dan baring atas katil,terus terasa macam nak meneran.kelam kabut nurse panggil dr. masuk.bila dr. dah sampai,perkataan yang keluar dari mulut dia"cepatnye". dan tepat pukul 6.47 pm 'Ainul Kauthar Bt Mohd SaifulA'dli selamat lahir ke dunia ini. ALHAMDULILLAH.TQ kpd kawan2 ibu yang sudi menziarah kita di wad.aunty mariyah,aunty faridah,aunty samiza,aunty adawiyah,aunty wan.kawan2 ibu yang menziarah di rumah aunty aisyah,aunty ct rasyidah,aunty faiz dan sorry kepada kawan2 ibu yg xsempat nk dtg melawat coz subuh2 sabtu kita dh bertolak balik jgka.anyway,terima kasih semua :)

dan esok insyaALLAH kita akan adakan majlis aqiqah 'Ainul Kauthar.makcik pakcik 'Ainul Kauthar semua dah balik rumah tok ayah untuk sama-sama memeriahkan majlis aqiqah mu sayang.

semoga 'Ainul Kauthar menjadi anak solehah yang dapat berbakti kepada agama,bangsa dan negara.insyaALLAH.Amin.

Wednesday, June 15, 2011

amalan berpantang:ya@tidak

alhamdulillah...ketika menulis entry ini saya sudah 28 hari berpantang dan masih lagi berada di kampung halamanku yang tercinta,ececeh.lama tul rasenye nak cukupkan 44 hari berpantang.tapi ibuku bilang walaupun dh lepas 44 hari berpantang ada gak certain makanan yang tak leh makan lagi.yang itu kena buat list. takut nanti balik rumah sendiri,semuanya saya bedal,lalalala

teringat di suatu petang ketika makcik jiran kat kampung datang untuk menziarah baby.mase tu baru hari kedua di kampung.makcik tu datang dengan anak&cucunye yang mase tu pun masih dalam pantang jugak.tak silap mase tu dia hari ke-33.dan makcik tu pun dengan seronoknye bercerite yang anaknye takde pantang-pantang pun.hari ke-6 dah leh gi shopping complex.takde nak pakai-pakai stokin bagai.makan pun main bedal aje semuanye.senang kate anaknye.pantang-pantang ni susah.nak bertungku lagi,nak berbengkung la...hmmmm..saya pun senyum aje la sambil pandang mak...

perlu atau tidak berpantang?masih relevan ke amalan berpantang pada zaman moden ni.kalau tanya saya jawapannya 'YA'.Saya masih lakukan amalan berpantang.biar la makcik tu nak cakap saya kolot pun,hehehe.amalan berpantang telah dilakukan sejak zaman nenek moyang kite dulu. motifnya mudah;untuk mengembalikan semula kesihatan tubuh badan selepas melahirkan anak.

ibuku bilang lagi, memang la masa muda ni badan rase ok je walaupun tak berpantang tapi bile umur dah cecah 40an,mase tu la rase sengal sana sini,lenguh sana sini dan macam2 lagi kesannya.

pilihan ditangan kita.terpulang la pada diri yang empunya.cuma ingatlah.badan kita ni pinjaman dari ALLAH dan merupakan amanah yang besar untuk kita jaga.jadi peliharalah badan&diri kita sebaiknya.

tak de la pulak saya senaraikan di sini apa itu amalan-amalan semasa berpantang kat sini.kawan-kawan leh la google aje ye.zaman sekarang ni mudah sangat.semuanya di hujung jari.adios amigos

salam...

p/s:tahniak kepada encik hubby sbb dapat APC.jangan lupa belanja lepas isteri anda abis pantang ye,hehehe

Tuesday, May 31, 2011

'Ainul Kauthar bt Mohd Saiful A'dli

salam semua...

Alhamdulillah akhirnya dapat kembali menulis dalam blog yang tak seberapa ni.tengok tajuk entry pun dh leh agak kan...itulah nama diberi kepada cahayamata ke2 kami,seorang puteri lagi ye :).

syukur saya selamat melahirkan seorang puteri pada 19 mei 2011 di hospital putrajaya@6.47pm.berat baby 3.37kg.sama macam kakak dia gak,kali ni pun baby post date 8 hari.EDD 11 mei 2011.macam-macam usaha la buat nak bagi baby keluar.gi panjat taman putra perdana tu,bawak berjalan pagi petang kat tepi tasik dekat dengan kelab tasik tu,gi plak darussyifa' bangi mintak air selusuh,dan macam-macam tempat lagi la mr. hubby bawak.sampai kdg2 saya pun surrender tak mau jalan lagi....lotih den.tapi kalau dah ditakdirkan baby tu post date,redha je la kan...

anyway semuanya dh selamat dan doakan ibu&baby cepat sihat :).
salam.

Tuesday, April 26, 2011

sebelum tiba saatnya...

berdebar-debar menanti hari 'itu' yang bakal tiba bila-bila masa je...

terkenang pengalaman 2 thn yang lalu. pengalaman mengandungkan salsabeela dulu, saya lebih hari.tarikh jangka bersalin pada 20 ogos 2008.saya selamat melahirkan salsabeela pula pada 26 ogos 2008.fobia juga.mudah-mudahan kandungan kali ni tak la terlebih hari.semoga ALLAH permudahkan segala urusan

Friday, January 28, 2011

Banyak Cerita....

Salam...
Baru-baru ni rase semanagt betoi nak berblog sbb saya da kumpul mcm2 gmbr yg boleh dikongsi tapi semangat tu dipatahkan oleh masalah streamyx kat kawasan rumah saye ni al-kisahnye (Adakah ini helah bela diri,hehehe).Khabarnye penghujung Januari masalah ni akan selesai tapi sampai sekarang resultnye masih negatif.Broadband?slooooooowwwwwww gileeeeeee!boleh tertidur dibuatnye,hmmm...

Tinggalkan masalah streamyx tu.tengok le gambo ni dulu...


Program Transisi Tahun 4 (17-19 Januari 2011)

DAN LAGI.....

PROGRAM HATI KE HATI KEMPEN PENINGKATAN SAHSIAH DISIPLIN MURID SEKOLAH (18 Januari 2011)

ADE LAGI...


Mesyuarat MGK Putrajaya di hari lahir saya,hehe :)

DAN SETERUSNYA...


Birthdat celebration buat hubby on 27th Janury 2011

Dan inilah anak-anak harapan saya dibawah Unit Bimbingan dan Kaunseling


Majlis Pelantikan PRS 2011


Dan Salsabeela tersayang.....


Salsabeela 2 tahun 5 bulan.Semoga Sayang Menjadi insan solehah.Adik is coming...:)

sekian sajelah cerite dr saye :)

Tuesday, January 04, 2011

SELAMAT DATANG 2011...

bersempena dengan tahun baru ni,saya rajin-rajinkan tangan untuk postkan pape cite yang saya sendiri pun tak tahu nak tulis ape,hehe..

kat sekolah,awal-awal tahun ni semestinya bermacam gelagat murid tahun satu yg boleh dilihat,diperhatikan...melihatkan gelagat anak-anak orang saya terbayangkan 4 tahun dari sekarang Salsabeela pulak yang akan masuk tahun 1. camne la agaknye mase tu ye....

dan...kandungan saya pun dah masuk 5 bulan lebih.setakat ni semuanya dalam keadaan baik.moga ALLAH permudahkan segalanya buat saya ,baby dan family.

dan...SALSABEELA pun dah makin keletah...dia akan usap dan cium perut saya sambil cakap "adik.adik dalam perut ibu.Aca(merujuk kepada dirinya)kakak"..mungkin dah faham le gamaknye.....

saya dah tak tau nak tulis ape.lebih baik saya stop kat sini dulu sebelum saya melalut tah kemane...ADIOS...