Daisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, June 23, 2010

syukur

suami saya pulang dari kerja petang ini dengan senyuman meleret di bibir.saya faham perasaannya yang sedang berbunga riang tika ini,hehe.dan seperti yang di jangka beliau membawa perkhabaran gembira.syukur alhamdulillah...hanya itu yang mampu saya lafazkan dan saya tumpang gembira. agak lama suami saya menanti berita baik ini sebenarnya.Alhamdulillah,syukur pada mu ya ALLAH.Akhirnya, waktu itu telah tiba.Limpahkanlah rezeki ke atas keluarga kami dan engakau berkatilah ia ya ALLAH.Amin.terima kasih,thank you,toche,nandre,syukran,arigato,hait!

Tuesday, June 22, 2010

saya suka...

akhir-akhir ini saya sangat teruja untuk mencuba pelbagai resepi baru yang tak pernah saya masak pun sebelum ini.saya ni bukan jenis yang hebat di dapur.lepas kawin baru la berjinak-jinak dalam hal masak-memasak ni.almaklum suami memang jenis yang suka makan kat umah. lauk simple pun tak pe asalkan isterinya yang masak sendiri,huhu.oleh kerana selalu aje ulang-ulang masak lauk yang sama,saya pun dah naik boring.jadi mula le mencari resepi yang lain sket.ape lagi,menggoogle le saye mencarinya di internet.terjumpa beberapa resepi yang sangat mudah dan simple yet sedap dan berkhasiat.saya dah cuba 2 resepi tersebut pagi td untuk breakfast.suami pun cakap sedap.tambah berkobar-kobar le semangat saya untuk mencuba resepi-resepi lain,hehe.suami saya ni memang jenis yang tak cerewet.apa yang ada dia makan je.sedap makan banyak,tak sedap makan sikit dan beliau ni memang jenis yang supportive bila saya di dapur.tu yang buat saya jadi rajin,hehe.masak tak sedap pun dia makan jugak.sian dia...:)itu lah kegilaan saya sekarang.mengumpul resepi-resepi baru dan mencubanya.sedap@tak belakang kira.yang penting saya dah cuba sebaik mungkin.terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi berkongsi resepi ye.tq soooo much!

Friday, March 05, 2010

cepatnye masa berlalu...sedar tak sedar dah pun masuk Mac 2010.banyak lagi perkara yang dirancang masih tetap dalam perancangan. bila nak dilaksanakan??hmmm....

Kekadang terasa hidup kini banyak kepada mengejar duniawi. nak kan NAMA, PANGKAT, HARTA YANG TAK PERNAH CUKUP DAN PUAS UNTUK DIKEJAR...MasyAALLAH!!!!Selagi bernama MANUSIA, takkkan pernah puas dengan apa yang telah dipunyai selagi tidak mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan ilahi.

Dalam kesibukan mengejar urusan dunia yang tidak pernah putus, masihkah ada ruang untuk menghambakan diri dan mengingati DIA yang maha esa? sudah menjadi lumrah alam..manusia apabila dalam kesusahan akan kembali kepadaNYA,meratap dan memohon hiba segala pertolongan dan belas kasihan dari yang ESA. Tetapi ketika dalam tawa riang dan nikmat kesenangan dan kelapangan, adakah terdetik rasa syukur dalam diri kita kepadaNYA atas segala nikmat kurniaan yang dianugerahkan? Peringatan buat diri yang kerdil ini....

Wednesday, January 27, 2010

H@PPY BIRTHDAY @B@NG

HAPPY 29TH BIRTHDAY!
semoga dengan pertambahan usia ini akan mematangkan lagi diri dalam menempuh kehidupan bersama.Semoga sentiasa dalam redhonya.amin. I love u sooooooooo much.hug&kisses,mmmuaaahhhhhh!!!!!

Tuesday, January 19, 2010

TOLONG AKU

TOLONG INGATKAN AKU
Andai aku terlupakan tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

TOLONG INGATKAN AKU
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usahh dilukai hati dan perasaan

TOLONG INGATKAN AKU
Dengarlah dan bacalah Al-Quran
Tika radio penuh hiburan
Tika TV penuh Hindustan

TOLONG INGATKAN AKU
Di mana Islam zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkat,diketat dan dijarangkan

TOLONG INGATKAN AKU
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa menerima teguran
Sentiasa member peringatan

TOLONG INGATKAN AKU
Kalau bercinta biarlah keranaNYA
Dalam memilih utamakan iman
Kelak ikatan dihindari syaitan

TOLONG INGATKAN AKU
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga disana menjadi bekalan

KEMBALI

SALAM
SAYA KEMBALI UNTUK MEMBERSIHKAN SEGALA SAWANG DAN HABUK YANG BERTIMBUN DI BLOG NI.SEBENARNYA MACAM-MACAM CERITA YANG SAYA NAK KONGSIKAN BERSAMA TETAPI JARI JEMARI NI TERSANGAT BERAT UNTUK MENAIP.DAN BARU HARI NI LA RASE RINGAN SKET UNTUK MULA MENCORET KEMBALI.

SEBENARNYA SUDAH LAMA BERMAIN DIMINDA INI UNTUK MENCERITAKAN PENGALAMAN PERTAMA MEMBAWA PUTERI KESAYANGAN SAYA SALSABEELA BERCUTI DI CAMERON HIGHLANDS DAN TURUT SERTA DALAM PERCUTIAN INI MY MIL AND SIS-IN-LAW. SAYA JUGA BERKIRA-KIRA UNTUK MENCORETKAN SEDIKIT KISAH KUNJUNGAN KAMI SEKELUARGA KE TAPAH UNTUK MENGHADIRI WALIMAH SAHABAT SAYA LAILA&FAZLI.TAPI SEMUANYA TERTANGGUH SEHINGGALAH KE HARI INI DAN SAYA SUDAH TIDAK BERCADANG UNTUK MENCERITAKANNYA DISINI.

DAN TIBA-TIBA SAYA DIKEJUTKAN DENGAN BERITA PEMERGIAN ARWAH SUAMI SAHOLYATUL AKMA,EX-CLASSMATE SAYA DI SMAC,AKIBAT KEMALANGAN.TAKZIAH SAYA UCAPKAN KEPADANYA.SEMOGA AKMA TABAH DAN MENJAGA KANDUNGANNYA YANG BERUSIA 7 BULAN ITU DENGAN SEBAIKNYA.BERAT MATA MEMANDANG,BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL.KAMI SEKELUARGA MENDOAKAN YANG TERBAIK UNTUK AKMA.INSYAALLAH.