Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, October 18, 2009

RENUNG-RENUNGKAN

Dalam hidup ini kita akan atau telah bertemu dengan seseorang yang merasakan dirinya lebih bagus dari orang lain.lebih tahu serba serbi dari orang lain dan merasakan orang lain itu tak tahu apa-apa,tak mengerti apa-apa dan dialah yang maha tahu segala-galanya.malah ada juga yang pilih bulu bila melayan seseorang. orang yang berjawatan or so called 'high class' dilayan dengan cara berbeza dan orang yang so called 'biasa-biasa je' dilayan ikut mood.kalo mood baik,ok tapi kalo mood KO dilayan acuh tak acuh.
Aku belajar setiap manusia itu unik dan aku percaya itu.perlukah ditegur sikap itu sedangkan semuanya orang-orang terpelajar yang hebat dalam bidang masing-masing?Jika ditegur, bolehkah si polan ini menerimanya atau sebaliknya?
Sesungguhnya perkataan insan itu sendiri bermaksud lupa jadi lebih baik kiranya aku berbaik sangka dan menganggap bahawa si polan ini terkadang lupa akan tingkah lakunya,tata tertibnya,tutur katanya...
Jadi marilah kita sentiasa berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran.
Motto hidup aku senang je.kita mudahkan kerja orang,insyaALLAH ALLAH mudahkan kerja kita.Amin.

Thursday, September 17, 2009

raya raya raya

laaaa...tak terasa sebulan puasa tahun ni.hari ni dah jumaat.2 hari je lagi nak raya. tahun ni saya sekeluarga akan beraya dulu di klang dan raya ke dua akan berangkat pulang ke pahang.

kalo tahun lepas,saya dan suami masih berjauhan. sorang di pahang dan sorang lagi di Putrajaya tetapi tahun ini, alhamdulillah saya dapat tukar ke Putrajaya dan dapatlah kami sekeluarga duduk sebumbung dan ini merupakan Ramadan pertama kami dan dapat menunaikan ibadah puasa bersama.

dan raya kali ini juga lebih bermakna kerana puteri saya yang dah berusia satu tahun 3 minggu ni,dah leh jalan.bleh la salsabeela melaram dengan baju kurung.murah rezeki salsabeela tahun ni. nenek tempahkan baju kurung salsabeela 5 pasang dan satu gaun,tok ma tempahkan satu pasang baju kurung dan belikan satu gaun,aunty laila n aunty jai hadiahkan gaun,mak teh pun belikan baju raya untuk salsabeela. mak ngah pun sama.ibu n ayah lak belikan salsabeela 3 helai gaun.banyaknye...bila nak pakai...

apapun, saya gembira menanti syawal dan berdoa dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan ramadan karim. amin

selamat hari raya.maaf zahir batin.

Friday, August 28, 2009

salsabeela setahun....

pejam celik, pejam celik dah setahun rupanya usia Salsabeela pada 26 Ogos yang lepas..cepatnye masa berlalu!rasanya baru je saya melahirkan dia,berpantang di dalam bulan puasa,melayan kerenahnya dan kini puteri saya berusia setahun!owh..syahdunya(apahal lak nih,huhuhu).teringat pada ramadan lepas,macam sekarang ni la,saya berpantang dan penuh sebulan...TAK PUASA. Pengalaman menggantikan puasa tu penuh dengan onak duri ranjau berliku,chewah.alhamdulillah,berkat kesabaran dan sokongan suami saya dapat menghabiskan puasa ganti yang sebulaN itu.baru kini saya mengerti perasaan seorang ibu. seorang ibu sanggup bersusah payah berkorban masa,tenaga dan apa sahaja demi untuk kebahagiaan dan kebaikan anaknya. waahhh..tetiba teringat kat ibu saya,huhuhu...Ma, i love you so much!mmmuuuaahhh!!!

teringat kata-kata ayah NIK NOR MADIHAH (pelajar 20A SPM 2008)"anak dianugerahkan oleh Allah kepada kita bukan untuk dibelai dan dimanja, tapi untuk DI ASUH dan DI DIDIK". mendalam dan penuh makna kata-kata seorang nelayan ini. kagum dengannya.

mudah-mudahan kami suami isteri diberi kekuatan,petunjuk dan hidayah dalam mendidik zuriat kami.InsyaALLAH.

buat anakanda Salsabeela,ibu berdoa agar Salsabeela sentiasa dirahmati olehNYA dan membesar sihat dan cerdas,menjadi insan solehah yang dapat berbakti kepada insan di sekelilingmu sayang.Amin.Ibu love you so much sayang!

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO sALSABEELA
HAPPY BIRTHDAY TO YOU

ALLAH SELAMAT KAN KAMU
ALLAH SELAMAT KAN KAMU
ALLAH SELAMAT KAN sALSABEELA
ALLAH SELAMAT KAN KAMU

Tuesday, April 28, 2009

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJIUN

15 April 2009
Pok de dimasukkan ke wad hospital temerloh kerana di syaki limpanya bengkak.

18 April 2009 (Sabtu)
Kami sekeluarga melawatnya di hospital. Perut pok de buncit dan bila saya pegang kerasnya macam batu. Doktor dah xray tapi masih tak dapat kesan penyakit sebenar. Pok de kurus sangat sangat. Mukanya cengkung. Yang tinggal hanya tulang dan kulit aje. Makan tak lalu.tapi Pok de masih rancak berbual,bermain-main dengan Salsabeela. Sayu hati saya melihat keadaannya...

23 April 2009 (Khamis)
Perut pok de perlu di scan lagi. Masuk ni entah kali yang ke berapa perut dia kene scan dan xray but still doktor tak dapat kesan penyakit apa yang sedang di deritainya. Lepas buat ultrasound keadaan Pok De makin teruk. Sangat tak bermaya dan mukanya pucat. Doktor akan bagitau keputusan scan tadi pada isnin depan. Kata doktor, perut Pok De perlu di scan lagi sekali minggu depan.

26 April 2009 (Isnin)
7.45 pagi saya terima sms dari Angah. Pok de dah tenat. Nafasnye tersekat-sekat. Saya di sekolah waktu tu. Tak sedap hati. Semua kerja tak menjadi.

1.00 petang saya dapat panggilan dari ma. ”ambulans baru hantar Pok de kat umah kite ni. Doktor cakap harapan dah tipis. Tok nak bawak balik Pok De”. Allah saje yang tau perasaan saya tika itu.

2.45 petang saya dapat panggilan dari ma. Pok De dah tak de. Innalillahiwainnailaihirojiun.....

Saya telefon suami yang bertugas ke luar daerah minggu ni. Dia ke kenyir. Masuk voicemail! Suami saya tak dapat dihubungi.Macammana saya nak balik! Flight suami saya dari Terengganu pukul 9.20 malam ni dan akan sampai ke KLIA 10.30 malam. Tak mungkin saya nak memandu dengan Salsabeela selama 3 jam. Si kecik tu pasti meraung-raung kalau lama di dalam car seat nye tu.

5.00 petang jenazah selamat dikebumukan.Alhamdulillah. saya mendoakan dari jauh semoga roh Pok De dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin.

28 April 2009
Kami sekeluarga bertolak dari putrajaya ke Jengka pukul 630 pagi dan tiba pada 8.45 pagi. Saya dan suami terus menuju ke tanah perkuburan. Sebak. Tak dapat saya tahan air mata ini.

Pok de ialah adik mak saya yang nombor tiga. Berumur 44 tahun dan bujang. Kami adik beradik lah tempat dia mencurahkan kasih sayang dan melayan kami seperti anaknye sendiri. Pok De tak pernah berkira dengan anak-anak sedara. Apa yang mampu dia beri dan tolong, dia akan buat. Yang paling tak dapat dilupakan ialah ketika saya mula-mula posting di jengka, saya menumpang di rumah nenek. Sedang mengandung dan berjauhan dengan suami. Pok De lah yang rajin ke hulu hilir belikan apa yang saya teringin nak makan. Terima kasih Pok De atas segala-galanya. Pok De sentiasa di hati kami. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin

SPECTRA3 BREAST PUMP

Akhirnya saya berjaya pujuk suami untuk beli pam susu baru.yahooo!! dia bukan jenis yang senang untuk dipengaruhi (atau saya perlu improve my persuasive skill,hehehe) dan ianya satu kejayaan besar bagi saya kerana harga pam susu tu buat saya sendiri berfikir 10-20 kali sebelum wat keputusan nak beli(al-maklum kami berdua kakitangan kerajaan.gaji sekadarnya saje.alhamdulillah atas rezeki kurniaannya).

Semuanya bermula apabila pam susu yang dah ada telah patah pada 16 April lalu (saya guna Pureen manual).kuat sangat saya mengepam agaknye. Sebenarnya memang dah lama saya nak beli pam susu elektrik sebab penat sangat rasenyenye guna yang manual tu. Dah rezeki saya, pandai plak pam sedia ada tu patah. Walhal tiada tanda2 kerosakan kecil pun sebelum ia patah.

Apalagi. Saya dah ada alasan kukuh untuk pujuk suami beli pam susu yang saya dah aim selama ni. Jadi, malamnye kami segera ke susuibu.com di Bangi dan inilah dia hasil yang berjaya saya bawak balik malam tu, hehehe..Spectra3 breastpump.



Memang bagus sangat pam ni. Saya tak perlu lagi mengerah tenaga untuk mengepam susu. Dan dalam masa 10-15 minit penggunaan dah bleh dapat 5oz susu. Sesape yang sedang mencari-cari pam susu,bleh la try pam ni kat susuibu.com&mom’s little one.

Terima kasih ye bang..ini untuk kebaikan anak kite jugak.kan kan kan kan banggg…
Jadi, mulai hari itu saya dah ada 3beg untuk dibawa ke sekolah setiap pagi.1.handbag 2. laptop 3. alatan mengepam susu. Tapi saya tak kesah semua tu. Yang penting saya dapat berikan yang terbaik buat anakanda Salsabeela. Kepuasan yang tak dapat nak di explain dengan kata-kata. Semoga Salsabeela membesar sihat dan cerdas dengan susu ibu ye cayang. Semoga segala usaha kami untuk memberikan yang terbaik buat Salsabeela dipermudahkan. Amin.

Bersama menyokong polisi penyusuan susu ibu. Tiada yang terbaik selainnya

Thursday, March 12, 2009

If there is a will,there is a way

alhamdulillah 'ala kulli hal..

Salsabeela sudah hampir 7 bulan usianya dan sepanjang hampir tujuh bulan itu saya berjaya menyusukannya secara eksklusif dengan susu ibu. syukur yang tak terhingga melihat puteri saya membesar sihat, ceria dan cergas dan dalam usianya 6 bulan beratnya sudah mencecah 8.6 kg! kepuasan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila menyusukan Salsabeela dan melihat dia bergolek-golek kekenyangan,hehe.comel betul!

terima kasih buat suami tercinta kerana sentiasa memberi sokongan yang padu dalam usaha saya untuk menyusukan Salsabeela secara eksklusif. kalo suami tak berkeras menyokong polisi penyusuan susu ibu ,mungkin sekarang Salsabeela dah menyusu dengan susu formula!memang pada mulanya agak sukar juga bagi saya dan kalo tak kuat semangat memang saya dah kecundang di tengah jalan.

semoga usaha murni kami suami isteri untuk memberikan yang terbaik buat Salsabeela sentiasa dberkatinya.InsyaAllah.Amin.