laaaa...tak terasa sebulan puasa tahun ni.hari ni dah jumaat.2 hari je lagi nak raya. tahun ni saya sekeluarga akan beraya dulu di klang dan raya ke dua akan berangkat pulang ke pahang.
kalo tahun lepas,saya dan suami masih berjauhan. sorang di pahang dan sorang lagi di Putrajaya tetapi tahun ini, alhamdulillah saya dapat tukar ke Putrajaya dan dapatlah kami sekeluarga duduk sebumbung dan ini merupakan Ramadan pertama kami dan dapat menunaikan ibadah puasa bersama.
dan raya kali ini juga lebih bermakna kerana puteri saya yang dah berusia satu tahun 3 minggu ni,dah leh jalan.bleh la salsabeela melaram dengan baju kurung.murah rezeki salsabeela tahun ni. nenek tempahkan baju kurung salsabeela 5 pasang dan satu gaun,tok ma tempahkan satu pasang baju kurung dan belikan satu gaun,aunty laila n aunty jai hadiahkan gaun,mak teh pun belikan baju raya untuk salsabeela. mak ngah pun sama.ibu n ayah lak belikan salsabeela 3 helai gaun.banyaknye...bila nak pakai...
apapun, saya gembira menanti syawal dan berdoa dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan ramadan karim. amin
selamat hari raya.maaf zahir batin.
Mungkin Selesai
12 years ago





2 comments:
sebulan 3 minggu dah leh jalan??!! aneh tu...hi hi
hok aloh.typing error la kak,huhuhu
Post a Comment