alhamdulillah 'ala kulli hal..
Salsabeela sudah hampir 7 bulan usianya dan sepanjang hampir tujuh bulan itu saya berjaya menyusukannya secara eksklusif dengan susu ibu. syukur yang tak terhingga melihat puteri saya membesar sihat, ceria dan cergas dan dalam usianya 6 bulan beratnya sudah mencecah 8.6 kg! kepuasan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila menyusukan Salsabeela dan melihat dia bergolek-golek kekenyangan,hehe.comel betul!
terima kasih buat suami tercinta kerana sentiasa memberi sokongan yang padu dalam usaha saya untuk menyusukan Salsabeela secara eksklusif. kalo suami tak berkeras menyokong polisi penyusuan susu ibu ,mungkin sekarang Salsabeela dah menyusu dengan susu formula!memang pada mulanya agak sukar juga bagi saya dan kalo tak kuat semangat memang saya dah kecundang di tengah jalan.
semoga usaha murni kami suami isteri untuk memberikan yang terbaik buat Salsabeela sentiasa dberkatinya.InsyaAllah.Amin.
Mungkin Selesai
12 years ago





No comments:
Post a Comment