akhir-akhir ini saya sangat teruja untuk mencuba pelbagai resepi baru yang tak pernah saya masak pun sebelum ini.saya ni bukan jenis yang hebat di dapur.lepas kawin baru la berjinak-jinak dalam hal masak-memasak ni.almaklum suami memang jenis yang suka makan kat umah. lauk simple pun tak pe asalkan isterinya yang masak sendiri,huhu.oleh kerana selalu aje ulang-ulang masak lauk yang sama,saya pun dah naik boring.jadi mula le mencari resepi yang lain sket.ape lagi,menggoogle le saye mencarinya di internet.terjumpa beberapa resepi yang sangat mudah dan simple yet sedap dan berkhasiat.saya dah cuba 2 resepi tersebut pagi td untuk breakfast.suami pun cakap sedap.tambah berkobar-kobar le semangat saya untuk mencuba resepi-resepi lain,hehe.suami saya ni memang jenis yang tak cerewet.apa yang ada dia makan je.sedap makan banyak,tak sedap makan sikit dan beliau ni memang jenis yang supportive bila saya di dapur.tu yang buat saya jadi rajin,hehe.masak tak sedap pun dia makan jugak.sian dia...:)itu lah kegilaan saya sekarang.mengumpul resepi-resepi baru dan mencubanya.sedap@tak belakang kira.yang penting saya dah cuba sebaik mungkin.terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi berkongsi resepi ye.tq soooo much!
No comments:
Post a Comment