hari ni dah 29 hari.esok genaplah 30 hari.Kauthar...anak ibu dah genap sebulan usianya.cepat betul mase berlalu.....
masih terasa baru sangat-sangat lagi perasaan ibu yang takut&seram sejuk nak gi serah diri kat hospital untuk di induce coz dah post date 8 hari. mase tu ayah cuba tenangkan ibu dan cakap itu adalah proses biasa yang akan dialami oleh seorang ibu...bawak bertenang dan doa&ingant ALLAH bnyak-banyak semoga segalanya dipermudahkan..
masih teringat lagi tika meninggalkan kakak aca bersama tok ma di rumah kita bila ibu dan ayah nak ke hospital. ibu pesan pada kakak jangan nakal-nakal,dengar cakap tok ma.nanti kakak boleh datang hospital tengok adik bila ibu dah selamat melahirkan.terima kasih buat ibu tercinta sanggup berkorban datang dari jengka ke putrajaya dan stay selama 2 minggu meninggalkan ayah dan adik-adik di jengka semata-mata nak membantu memudahkan urusan kita sekeluarga.tok ma tak pernah pun merungut walhal tok ma dan tok ayah tak pernah berjauhan.2 minggu pulak tu.jasa kalian tak dapat kami balas.kalau tok ma takde masa tu,ibu dan ayah pun tak tau nak letak kakak kat mana time nak ke hospital tu..tq sooooooo much.
masih teringat lagi saat-saat melangkah masuk ke bilik wad 12A hospital putrajaya.ibu tak senang duduk memikirkan apa yang akan terjadi next...terasa-rasa sakit kena induce sbb ibu dah ada experience di induce masa saat nak melahirkan kakak.tapi alhamdulillah,induce kali ni tak lah seteruk masa 1st experience dulu.
alhamdulillah,kelahiran kali ini terasa sangat mudah.syukur kepadaNYA atas segala nikmat ini.selepas di induce pada pukul 1.30pm,terus terasa contraction dan contraction tu plak semakin kuat.pkl 5.00pm dr. datang review dah 4cm dan air ketuban pun dipecahkan. masuk dalam bilik,siap-siapkan diri dan barang-barang baby,pkl 5.30pm ibu di hantar ke labour room.sampai kat labour room,tukar baju dan baring atas katil,terus terasa macam nak meneran.kelam kabut nurse panggil dr. masuk.bila dr. dah sampai,perkataan yang keluar dari mulut dia"cepatnye". dan tepat pukul 6.47 pm 'Ainul Kauthar Bt Mohd SaifulA'dli selamat lahir ke dunia ini. ALHAMDULILLAH.TQ kpd kawan2 ibu yang sudi menziarah kita di wad.aunty mariyah,aunty faridah,aunty samiza,aunty adawiyah,aunty wan.kawan2 ibu yang menziarah di rumah aunty aisyah,aunty ct rasyidah,aunty faiz dan sorry kepada kawan2 ibu yg xsempat nk dtg melawat coz subuh2 sabtu kita dh bertolak balik jgka.anyway,terima kasih semua :)
dan esok insyaALLAH kita akan adakan majlis aqiqah 'Ainul Kauthar.makcik pakcik 'Ainul Kauthar semua dah balik rumah tok ayah untuk sama-sama memeriahkan majlis aqiqah mu sayang.
semoga 'Ainul Kauthar menjadi anak solehah yang dapat berbakti kepada agama,bangsa dan negara.insyaALLAH.Amin.
Mungkin Selesai
12 years ago





No comments:
Post a Comment